Tuesday 29 May 2018

Nasi kuning, ayam masak merah

Bismillah

Lamanya tak menulis kat sini. Dah masuk Ramadan ke-14. Cepat betul masa berlalu. Tapi ibadat suam-suam kuku.


Alhamdulillah, dah masak beberapa kali sempena Ramadan kali ni. Semalam masak nasi kuning, yang sebenonya nasik minyak. Cuma letak kunyit. Ayam masak merah tak letak santan pun, jadi sambal tak berlemak. Kisar cili kering lebih, ingat hari ni nak buat cencaru sumbat.

Dah anak dua ni, kelam kabut ya Rabb. 

Hud dah semakin cerdik. Hadif manja sungguh. Macam mana ye nak bagi anak tak manja sangat, dukung tak boleh lepas. Menjerit kalah perempuan haha. Hud pula memang sangat suka ekspres emosi, pandai drama, menghiburkan.

Setakat ni jadual lepas sahur terus ke opis. 6.40 pagi. Balik masa puasa ni pukul 6.00 petang sampai kat rumah, terus bersilat masak kalau masak, tak sempat buang tudung pun. 

Lepas masak rehat kejap, kadang mandikan budak-budak tu, tapi selalunya abah depa. Bukak puasa, solat, mengaji sikit, insya, tidurkan Hadif. Hud selalu ikut abah dia ke surau. Bukan main suka dia, meloncat -_-

Awal Ramadan bawa Hadif, tapi jenohhhh. Sembahyang asyik masbu' lepas. Mengharap belas ihsan jemaah lain dukung dia kalau dia nangis. Huhuhu. Ada la sekali Hadif tidur, sampai rakaat ke-8, ada budak mai kacau, terus jaga dan merauang. Rasa nak kutey budak tu hahaha. 

Balik kemas apa patut, moreh...bila nak kurusss. Baju depa dah siap pek seminggu. Pilih baju sendiri je. Semoga ada kerajinan lepas ni iton baju untuk seminggu secara istiqomah. Iron beli yang mahal tapi tak guna...ish ish ish.  

Alhamdulillah 

Thursday 10 November 2016

Lamanya tak menulis!

Bismillah


Lamanya tak menulis kat sini!

Memang sekarang macam biskut je memasak, ikut mood. Huhu. Tapi makanan Hud memang masak hari-hari, dia suka kentang. 

Senang je nak buat baby food dari kentang ni

1. Potong sebiji kentang dadu
2. Rebus menggunakan api perlahan
3. Masukkan oregano
4. Kisar selepas mendidih

Boleh juga campur bawang dan nasi, lebih berat.


Hari ni alhamdulillah, dapat buat bekal ke tempat kerja untuk suami dan saya. Al-kisahnya semalam tak dapat tidur. Jadi buatlah kerabu tomato, salad kentang dengan ayam goreng. Senyum je tuan suami. Rupanya dia suka saya buat bekal kat dia. Mulut je cakap tak apa, agaknya dia tak nak menyusahkan. 

Dia kata kantin tutup. Yelah sekarang students tengah cuti sem. Memang malas nak keluar makan kat luar, walau pun depan poli.

Terus semangat nak memasak tu naik mencanak-canak. Petang ni peti ais baru sampai. Peti ais lama tu dah nazak sangat, sampaikan semut boleh masuk dok menetap dalam peti ais -_- dengan air melimpah-limpahnya, adoi. Walau pun sayang lagi, tapi memandangkan kesannya pada bil elektrik, kebersihan makanan especially makanan Hud, makanya belilah yang baru. 

Insya'allah malam ni nak masak spegetti je kut, habiskan apa yang ada. Tuan suami mesti suka, spegetti angel hair tu memang sedap betul. 

Resepi semua dah ada dalam blog ni, silakanlah scroll ye ^_^

Wednesday 28 October 2015

Nasi Mentega ala Nasi Lemak dan Telur Bistik

Bismillah

Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk...sebabnya ada pertandingan yang saya sertai anjuran MARDI (MaGIS) jadinya banyak stok yang dibeli hujung minggu lalu tak termasak...huhu...

Itulah yang tak seronoknya, bila dah sibuk, balik penat dan tak masak, bila nak masak buka peti ais kecewa sayur-mayur yang dibeli dah layu :( pembaziran di situ...

Hujung minggu baru ni Ahad, tak balik Gombak sebab kami dah mula survey barang untuk masuk rumah baru...saya pun merajinkan diri masak nasi mentega ala-ala nasi lemak dengan telur rebus dan sambal, kacang goreng serta ikan bilis. Timun pun dah hampir-hampir layu..huhu. 


RESEPI NASI MENTEGA ALA-ALA NASI LEMAK

Bahan-bahan
Beras 1.5 pot 
Mentega 2 sudu besar
Bunga lawang 1
Halba satu sudu kecil
Kulit kayu manis 1
Bawang merah 1
Bawang putih 1 ulas
Air secukupnya
Garam 

Cara-cara
Tanak beras dengan air
Tumis semua bahan lain hingga naik bau, bolehlah dimasukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih/ ditanak

Saya memang suka masak sekali makan sejak mengandung ni..huhu...sebabnya rasa macam membazir bila masak banyak, nanti selalu tak ulang makan. Akhirnya masuk tong sampah...

Huhu...


SAMBAL NASI LEMAK


Bahan-bahan
Segenggam cili kering
Tomato 1
Bawang besar 1
Bawang putih 2 ulas
Minyak secukupnya
Air asam jawa, gula dan garam sebagai perasa
Ikan bilis dua sudu besar

Cara-cara
1. Rendam cili kering dalam air panas hingga kembang
2. Blend kering dengan bahan-bahan lain (kecuali minyak)
3. Tumis hingga pecah minyak
4. Perasakan dengan garam, gula dan air asam

*tambah tomato dan bawang besar jika suka


Bolehlah dimakan dengan ikan bilis, kacang goreng dan timun... :) tak perlu santan pun..insya'allah berbaloi dan sedap.


***
Sarapan pagi tadi pula buat telur bistik lebihan lobak merah yang diguna untuk buat nasi goreng...senang sangat telur bistik ni...


TELUR BISTIK

Bahan-bahan
Telur 2
Garam
Jagung frozen
Lobak merah potong kecil memanjang
Bawang putih 2 ulas
Bawang besar 1
Daun bawang
3 cili padi
Kicap, sos tomato, sos cili dan sos tiram secukupnya
Minyak secukupnya

Cara-cara
1. Buat telur dadar. Perasakan dengan garam.
2. Angkat telur. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan lobak merah dan jagung. Kicap dan sos. Masukkan air bagi cairkan kuah.
4. Apabila mendidih. Tutup api dan tuangkan ke atas telur dadar tadi. Hiaskan dengan cili padi yng telah dipotong kecil bersama-sama dengan daun bawang. SIAP!

*Boleh ditambah isi ayam...tapi tak sempat pula nak proses ayam pagi tadi...

So, malam ni resepi ayam...huhu

Friday 16 October 2015

KETAM BERSOS MASAM MANIS

Bismillah

Alhamdulillah. Setelah lama tak berkunjung ke sini...

Mood memasak kembali ke dalam diri, setelah hampir 5 bulan tidak ke dapur. Huhu,

Perasaan malas dan loya ke dapur barangkali kerana mengandung. Alhamdulillah ala kulli hal.

Sebenarnya rasa kasihan pada suami sangat-sangat dan kami asyik makan luar sampaikan saya bosan. Saya rasa bersalah sangat masa tu. Sebelum ni dahlah suami duduk jauh dan makan pun tak teratur kerana hendak berjimat. Apabila duduk berdua saya tak masak pula...dan kalau makan luar faham-fahamlah, duit yang keluar pun tidak kurang banyaknya. Ditambah dengan rasa bosan akhirnya apabila asyik memesan makanan lebih kurang sama. 

Saya pun tanam tekad dalam hati, bulan ke-5 mengandung, insya'allah saya ingin masuk dapur memasak. Sebabnya saya terbaca juga di internet, bulan ke-5 ke atas selalunya alahan dan perangai pelik ibu hamil kian berkurangan. Huhu.

Bermulanya saya memasak apabila nak balik rumah mentua sempena Hari Raya Aidil Adha, saya masak sambal bilis dengan kacang serta kentang.

Selepas tu, alhamdulillah berterusan memasak sarapan dan makan malam, kecuali kadang apabila tak berdaya sangat atau ubah angin, kami akan makan di luar. 

Tapi yang peliknya sekarang saya lagi suka makan apa-apa yang saya masak. Lebih-lebih lagi bila tengok suami laju-laju menyuap makanan. :) 

Ada beberapa resepi mudah yang ingin saya kongsi buat rujukan di kemudian hari.


KETAM BERSOS MASAM MANIS

Bahan-bahan
2 ekor ketam
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 biji tomato
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
air, minyak, gula dan garam secukupnya

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato
3. Masukkan tomato dan air. Reneh tomato sehingga sebati sebagai kuah
4. Masukkan ketam dan biarkan masak sebelum diperasakan.


*TIPS: Masak ketam jangan lama untuk dapat isi yang lembut dan cair di mulut. 

Thursday 4 June 2015

Selamat Datang Ramadan!



Tuesday 2 June 2015

Alhamdulillah Minggu Pertama Bersama-sama


Bismillah


Sambil memasak jom dengar lagu 'Kun Anta' yang indah liriknya ni.

Alhamdulillah hari ini hari keempat suami dah tinggal sekali.  Rutin harian masih tunggang-langgang huhu. 

Apabila dah tinggal sekali, maka banyak benda yang dikongsi bersama-sama. Hati dan perasaan perlu dijaga. Makan, minum dan pakaian pun. Kebersihan rumah, pengisian masa dan ibadah.

Semalam, al-kisahnya lepas kerja dan mahrib kami berdua ke Zeemart membeli barang basah untuk masak.

Tiba-tiba saya semacam 'blur'. Nak masak apa yeeee?!

Pandang suami pandang ayam, pandang suami pandang ikan yang berjenis-jenis.

Selama ni, tak pernah pula nak 'blur' seteruk ni.

Teringat 'post' yang lepas. Tips memasak: 1) Rancang untuk memasak resepi untuk seminggu. 2) Bungkus siap-siap bahan.

Baru hari ini saya sempat nak memasak. 

Semalam di Jabatan ada jual kobis bunga, kobis dengan serai.

Jadi hari ini saya masak paprik sayur. Suami minta ikan, saya cuma goreng je ikan kembung 4 ekor.

Minum petang sekadar cucur manis jagung.  Biasalah makan sikit saja duduk berdua ni. 

Saya kongsikan menu rancangan untuk yang mengalami penyakit 'blur' macam saya ni. Harap dapat membantu dengan resepi ringkas mudah ini...


MENU MINGGU PERTAMA

Selasa
  • Sarapan - pancake (beli yang tepung khas memang lembut, sedap dan cepat gil* masak ni sampai hangit  -_-  'first attempt')
  • Makan tengah hari - nasi & telur mata berkicap (untuk diri sendiri haha)
  • Minum petang - cucur jagung manis + kucai
  • Makan malam - paprik sayur, nasi, ikan kembung goreng

Rabu
  • Sarapan - Spegetti angel's hair
  • Makan tengah hari - lauk semalam (untuk diri sendiri)
  • Minum petang - bubur jagung + kacang hijau
  • Makan malam - tomyam sayur (habiskan kobis dll), nasi & ayam goreng

Khamis
  • Sahur - telur dadar & tomyam sayur semalam
  • Berbuka - Bawal emas sweet sour, timun sos tomato (fav suami)


 Jumaat
  • Sarapan - potato mayo, hotdog & scrambled egg
  • Tengah hari - makan luar
  • Minum petang - puding jagung
  • Makan malam - makan luar sebab balik kampung :)





Thursday 23 April 2015

Cekap Memasak

Bismillah
Nak share satu entri yang menarik tentang pengurusan masa dalam memasak: http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/02/tips-memasak-cepat-untuk-wanita-super.html